Wednesday, July 13, 2011

Firaun Cleopatra Firaun terakhir

        Selepas satu demi satu Ptolmey bersilih ganti dan tidak ada yang banyak menyumbang bakti kepada pembangunan Mesir bahkan menyumbang kepada kemorosotan Mesir. Akhirnya tibalah masanya Firaun Cleopatra mengambil alih takhta ayahnya dan beliau bakal menjadi firaun Mesir yang terakhir. Mengikut buku rujukan yang berjudul 'Misteri Firaun musuh Para Nabi oleh A Fareez Abd Razak Al Hafiz' yang saya baca, dalam pelbagai bahagian isi kandungan buku tersebut, saya amat tertarik dengan kisah Firaun Cleopatra ini. Menurut penceritaan pada buku tersebut, terdapat tujuh Cleopatra kesemuanya, namun yang paling terkenal adalah Cleopatra VII ini. 

          Nama Cleopatra cukup terkenal sehinggalah kini. Dapat dilihat banyak produk-produk kecantikan dan perkhidmatan kesihatan yang dijenamakan dengan nama Cleopatra ini. Cleopatra VII merupakan puteri kepada Firaun Ptolemy XII Auletes 'Si Pemain Seruling'. Semasa kecil lagi Cleopatra VII menyaksikan bagaimana ayahandanya itu menghadapi pelbagai masalah termasuklah timbulnya pemberontakan menentang ayahandanya. Maka beliau mengambil satu tindakan yang terdesak iaitu meminta bantuan empayar Rom bagi menolongnya dan mengekalkan takhtanya. Firaun Pttolemy XII membuat perundingan, memberi rasuah dan sebagainya kepada pemerintah Rom. Imbuhan-imbuhan terus diberikan kepada Rom selagi Firaun Ptolemy XII berkuasa di Mesir.

           Oleh sebab, Cleopatra VII sering mengikuti ayahandanya berurusan ke sana ke mari, dengan pelbagai orang dan bangsa serta pelbagai bahasa, maka ia mendorong Cleopatra VII untuk mempelajari dan mendalami pelbagai bahasa. Cleopatra merupakan satu-satunya orang dari Dinasti Ptolemaic yang mampu bertutur dalam bahasa mesir Purba. Apabila ayahandanya wafat, beliau mewasiatkan pemerintahannya kepada dua orang anaknya iaitu Cleopatra VII dan puteranya (adik lelaki Cleopatra VII) yang dikenali sebagai Ptolemy XIII. Terdapat orang yang diamanahkan supaya menjaga Ptolemy XIII dan membuat keputusan bagi pihaknya. Salah seorang yang diamanahkan itu adalah seorang ahli politik dan pemangku pemerintah yang bernama Pothinus yang sentiasa ligat berfikir untuk merancang strategi politik demi kepentingannya. Pothius menghasut penduduk kota Alexanderia dengan mengatakan bahawasanya Cleopatra VII adalah penyokong kuat empayar Rom dan Cleopatra Vii tidak menghiraukan langsung kemaslahatan tersebut. Pothius mengatur satu pemberontakan, maka orang ramai bangun menentang Cleopatra VII.

             Cleopatra yang pada usia semuda 17 tahun itu pun lari meninggalkan Mesir kerana beliau mengetahui yang beliau akan dibunuh. Beliau berlari ke luar negara dan bertekad untuk mendapatkan bantuan Rom. Pada ketika pemberontakan terhadap Cleopatra ini berlaku, empayar Rom mulai khuatir kerana Rom mahukan segala hasil cucuk tanam dari Mesir bereterusan masuk ke Rom. Memandangkan pula Mesir merupakan pembekal utama kepada Rom. Akibat kebimbangan itu, Rom mengutus Julius Caesar ke Alexandria bagi menyelesaikan pergolakan tersebut. Setibanya Julius Caesar di Mesir, beliau memasuki Kota Alexandria dan tinggal di situ. Pada ketika itu, Cleopatra VII yang berada di luar negara mendapat tahu tentang utusan dari Rom itu, beliau mengambil keputusan untuk pulang segera ke Mesir sebelum Pothius menghasut Julius Caesar bagi menentangnya. Cleopatra menguruskan satu penyeludupan masuk ke dalam segulung permaidani untuk dihadiahkan kepada Julius Caesar, dan beliau bersembunyi di dalam permaidani itu. 





Kemudian apabila Julius Caesar mengarahkan permaidani itu dihamparkan, maka keluarlah Cleopatra VII dari gulungan permaidani tersebut. Setelah menanyakan tentang apa yang telah berlaku, Julius Caesar merasakan sepanjang hayatnya beliau tidak pernah melihat seorang wanita sebegini. Wanita yang berada di hadapannya menunjukkan sifat seorang terpelajar, pintar, ligat berfikir, berpengaruh, dan berkebolehan bertutur dalam sekurang-kurangnya lima bahasa. Manakala wanita Rom di tempat asal- usulnya hanya duduk di rumah. Julius Caesar perlu membuat keputusan mengenai status pemerintahan yang patutnya memerintah Mesir bagi menyelesaikan masalah di antara Cleopatra VII dengan Ptolemy XIII bersama Pothinus. Akhirnya Julius Caesar memutuskan mereka berdua (cleopatra dan adiknya Ptolemy XIII) memerintah bersama berdasarkan wasiat ayahnya. Pothius pula kurang senang dengan keputusan itu, lalu mencetuskan pula satu pemberontakan menentang Julius Caesar, dan pada masa itu Julius hanya datang bersama dengan sekumpulan tentera yang kecil. Pemberontakan ini mengakibatkan perang terpencil di kota Alexandria dan kemenangan menyebelahi Julius. Cleopatra berpakat dengan Julius supaya Pothinus dibunuh, maka selesailah satu masalah. Kemudian Ptolemy XIII pula mati lemas, maka dua masalah selesai.


Sebagai tanda berterima kasih kepada Julius Caesar, Firaun Cleopatra VII membuat satu tindakan yang bijak dengan membawa Julius bersiar-siar ke seluruh Mesir supaya Julius dapat melihat kehebatan binaan-binaan Mesir yang mengagumkan serta keindahan Mesir yang belum pernah disaksikan oleh Julius Caesar. Mereka memulakan perjalanan dari Alexandria ke arah selatan menyusuri Sungai Nil dan akhirnya mereka sampai ke Aswan. Apabila tiba di Aswan, Cleopatra VII sudah pun menghamilkan anak Julius Caesar.













SILA LIKE ^_^
Comments
1 Comments

1 comment:

  1. to be continued... dlm prncgn nk continue pasal cleopatraVII ni..cite ni xhabis lagi, long story telling lagi..heheh,bahan2 ilmiah ini berguna lah sgt.. learn from the past, sejarah itu pasti berulang..

    ReplyDelete