Sunday, August 9, 2015

Filem Tamil kesan buruk atau baik?

Post ini bukanlah nak mengangkat tinggi filem-filem Tamil. Tapi kita perlu juga melihat daripada 2 pandangan mengenai filem Tamil ini. Negara pernah digemparkan dengan kes pembunuhan Datuk Sosilawati ahli perniagaan kosmetik terkenal, kes ni dah lama dah. Beliau dibunuh kejam dan ada juga geng bloggers dan keyboard worrior sekalian mengatakan bahawa pengaruh filem-filem tamil yang menghujani negara ini menjadi kesan dan pengaruh kuat remaja India dan masalah gangsterism di negara ni.

Filem tamil memang ganas. Memang kejam. Memang gila. Kebanyakkan filem mereka memaparkan realiti masyarakatnya. Ahli politik,polis atau pihak berkuasa dianggap macam sampah. Tapi kalau diambil dari sisi positifnya, filem depa ni banyak menceritakan tentang betapa sukarnya rakyat Marhaen menegakkan keadilan dan undang-undang bila terpaksa berhadapan dengan ahli2 politik yang rakus menindas rakyat. Its real. Namun, ada benarnya juga filem tamil yang ganas2 tu bagi kesan yang buruk pada remaja atau audience yang tengok. Realitinya, audience memang mudah terpengaruh tambahan pula, kalau hari-hari dihidangkan depan mata sendiri. Itu tak ambil kira lagi berita2 palsu dalam media, berita palsu pun kalau hari-hari didedahkan kepada umum akan menjadi berita benar, Ini kata Hitler bukan kata saya.

Saya bukanlah nak puji sangat filem tamil, tapi rata2 yang saya tonton begitulah jalan ceritanya. Alaa sama je kalau tengok drama melayu yang kena kahwin paksa, suami seksa hati dan naluri isteri, lelaki yang jahat adalah sweet. Bagi saya, saya suka ambil yang positif. Filem tamil banyak yang ada identiti sendiri, tak ikut acuan filem dari Hollywood yang guna teknologi canggih manggih tu. Filem Hidustan pula ada yang hampir2 macam filem tamil dan banyak yang ada adaptasi lagi. Ep: Singham Return, 3 Idiots, Bodyguard and so on..
Dari segi penceritaan pula, filem tamil ni laju betul sama macam mana lajunya depa bercakap. Kalau terlepas satu2 babak tu sampai ending memang tak faham cerita dia. Kalau nak kata semua filem tamil ni penyebab dan pengaruh elemen gangsterism di Malaysia ni, tak boleh jugalah sebab filem Tamil ni jiwa kaum India. Tak semua yang ganas dan kejam, ada yang bermoral dan bermotivasi. Cthnya filem 3 Mounu(If I'm not mistaken, forgive me if spelling wrong) kisah tentang lelaki yang menghidap penyakit Bipolar Disorder, senang cerita masalah pada mental. Filem ini dibuat sebagai peringatan agar kita tidak mengambil jalan dengan membunuh diri sebagai penamat kepada sesuatu masalah. Masalah perlu dihadapi bukan dihindari.

>>Akhir kalam, saya rasa filem2 di Malaysia haruslah lebih bagus dan berguna lagi. Tidak hanya tiru filem2 dari barat atau seumpamanya. Filem kita pun banyak yang gangster2, seram2.. yg tidak tahu di mana identiti sebenar. Jadi tak boleh jugak lah nak salahkan filem tamil ja sebab apa anak kita jadi jahat dan ganas. Filem negara sendiri pun banyak ke arah itu, mcmlah yang menonton tu semuanya org dewasa. Filem barat lagilah. Baru ni saya tengok filem Amergaddon, mujurlah filem tersebut tak berjaya mempengaruhi akal minda saya. Hanya hiburan sekejap.

SILA LIKE ^_^

Friday, August 7, 2015

TPPA Agenda sebenar AS

TPPA ni bahaya. AS dia musuh dengan China, Jadi depa guna negara-negara Asean mcm Malaysia ni utk jadi geng depa bermusuh dgn China. Dalam masa yang sama China berkawan baik dgn Malaysia. Kalaulah Najib sign jugak perjanjian TPPA ni Segala xtvt perdagangan akan dikuasai AS trmasuk di Selat Melaka. Tak pelik kalau kisah MH370 & 17 ada kaitan dengan AS. Mesyuarat Asean ni macam menakutkan pun ada.

SILA LIKE ^_^

Saturday, May 31, 2014

Jom dakwah melaui Komik




Hari ni nk story pasal Hukum melukis gambar Kartun. Hukumnya pernah dijelas oleh UAI juge dah lame dah.. pasal ada org tanya ttg tgok cite Anime. Rasanye lbih kurang je klu kita melukis pun..hukumnya berbalik pd tujuan apa kartun itu dilukis dn gmbo ape yg dilukis. Kalau demo lukis gmbo Kartun Prono tu mmg HARAM lah hukumnye.
"Sesungguhnya manusia yang paling berat siksaannya di akhirat ialah para pelukis.”(Riwayat Imam Muslim)

Berkata Imam at-Tabari: “Pelukis yang dimaksudkan di sini ialah orang yang melukis Tuhan yang disembah selain Allah.”

Diharamkan juga melukis gambar-gambar yang mendedahkan aurat, berunsur lucah dan mengghairahkan nafsu dan sebagainya lagi yang dilarang oleh syarak.

Kesimpulan, diharamkan melukis gambar-gambar yang menyalahi agama dan mengandungi unsur-unsur yang dilarang oleh syariat termasuk yang mendorong manusia kepada kekufuran, syirik, maksiat dan munkar. Adapun selainnya yang jauh dari perkara-perkara di atas, maka ia tidaklah diharamkan.

*LUkis Kartun dakwah macam Rusydee Art xpe.. ianya bermanfaat dan mnyebarkan kebaikan! Dakwah ni kena juga kreatif! Hehehe
*Renung2kan dan selamat beramal
#Adminpuntakretimelukis 

>>>>Lastly, nak promote sikit page sendiri > Selamat Tinggal Jahiliyyah boleh dicapai melalui link berikut https://www.facebook.com/selamattinggaljahiliyyah  Segala komen anda dialu-alukan di sana, jumpa di sana nanti ya!! Anda juga dialu-alukan untuk berkongsi pendapat & ilmu. Mungkin ada dikalangan korang yg Pro dari kami. Siapa tahu...hehe

SILA LIKE ^_^

Wednesday, April 30, 2014

Cover novel dalam tempoh 3 tahun


Hah! Eh, Assalamualaikum. Nampaknya jadi tabiat lagi buat cover novel walhal, novelnya tak siap-siap. Setakat ini novel 'Karar Cinta' sahaja yang lulus untuk diterbit. Yang lain tu tak tahulah nasib ape. Cover novel yg di atas ni tak de kena mengena dengan yang hidup @ pun yang dah meninggal dunia. Just sekadar hiasan muka depan bagi setiap karya. Setengah syarikat penerbitan ni dia nak tengok juga cover novel kita sendiri tak kiralah dlm betuk hardcopy ataupun softcopy. Buat setakat ini, Ini sajelah yang mampu.
Dan sekarang ni, tak payah nak teruja sangatlah sambung berkarya, hadap buku dulu! Bulan 6 ni Final Exam. Tak dapat Dean Award kang payah pulak. Lastly nak cakap, bidang penulisan mengajar aku erti sabar & tak putus asa. Doakan aku terhindar dari azab kerana tangan ni akan hancur, hanya tulisan aku sahaja yg tinggal jadi ingatan siapa yg membaca. May Allah blessing you. SILA LIKE ^_^

Wednesday, November 6, 2013

أغلى من عمري

عندما يكون الحب في الله، لا يموت...
Apabila cintakan seseorang itu kerana Allah.. maka, cinta itu tidak akan mati. Ayuh berkasih sayang kerana Allah.

SILA LIKE ^_^

Monday, January 21, 2013

Tuntutlah ILMU kerana Allah

Setelah satu demi satu ujian yg datang, lastly... cuma satu je jawapn yg aku dapat >Tuntunlh ilmu krn Allah.. sbelum ni mmg aku mengaku aku hadapi byk kesukarn dalm belajar nih, tok sah cakap masalah, segala bnde arh muncul dlm otak nih.. Aku buat solat istikharah hasil nasihat dari ayah aku, mulanye ada 2 pilihan, 1stly aku kononnye decide lah nak pilih tempat tu alasannya, masa dah tak de,"umor ko dah 21 tahun ni bile nak smbung belajor?" (Aku pikir lame) Kalo dlm sistem pilhanraya umor 21 tahun dah mule mengundi, Jadi aku dengan semangatnya pergi lah daftar SPR, TAPI tu citer lain yg nak bagitahu sekarang ni pasal BELAJAR bukan MENGUNDI! Bilelah nk sambung yek? mula2 mmg rase malas + tak de semangatnye = TAK KE MANA(p/s: jangan ikut formula nih)
Aku akui kawan2 seangkatan aku berlambak yg  dah lepas ke oversea, aku saje dok di tanah tumpah bumi Malaysia ni,  Sedih mmg sedih, tapi nak buat macam mana. Bile dh jadi macam tu, aku terus ignore pilihan tmpt pgajian yg pertama tadi, Aku try cari kerja, Hmmm..tak dapat, 4 jenis kerja aku cari, empat2 menghampakan.. agaknya tak de bakat kot nak bekerja.. And then aku menulis, cuma menulis sahaja yg aku minat, Aku start hantar manuskrip tp, yang pelik sampai sekarang xde maklum balas, sampai aku pun give dah nak menulis, walaupun idea tu sentiasa datang je, tp klu xde mood dn xde hati nak menulis, tak jalan jugak kerja tu.
           Pilihan Kedua, aku apply lagi satu IPT utk smbung degree. Aku pergi amek placement test versi Arabic (wow! arab..). The Result > mengecewakan & itulah result paling teruk yg pernah aku dapat selame aku study di kolej aku. Sekali lagi aku kecewa dgn hidup ni, Aku luahkn rasa hati aku yg sedih ni pd my best friend, ayat dia aku masih ingat sampai sekarang > Bukan GAGAL tapi, KEJAYAAN yang ditangguhkan utk kita (ni ayat dia), Allah tak pernah kecewakan hamba dia, kalau dia tak bg sesuatu perkara tu mungkin ade sbb atau kita xsesuai utknya ataupun mungkin Allah tangguhkan utk masa yg lebih sesuai dan waktu tu kita dh pun bersedia (ni ayat aku yg aku sambung drpd ayat Dia).. Kemudian, Aku solat sunat hajat minta diberi petunjuk, cuma tu je yg aku mampu lakukan.. Bile dh jd mcm tu entah kenapa aku tak de hati langsung lagi utk belajar. Ayah dan Ibu sokong dn galakkan aku lagi, Aku Lost dan rasa xde arah langsung. Aku hilang pilihan yg pertama dn pilihan yg kedua aku langsung xberharap pdnya.. so, Aku solat sunat lagi, tapi waktu tu aku cuma tinggal satu jln iaitu pilih yg kedua, sbb aku dh tertinggal yg pertama. Aku Buntu, entah mcm mane hati aku mmg tak sampai langusng pd yg kedua, Ibu aku suruh aku nekad dan tekad, tapi... Aku tak tahu nekad dan tekad tu mcm mane? Masalah aku sekarang adalh aku sejak dari azali lagi mmg sukar nk buat keputusan tak kira lah yg kecik ataupun yg besar. Dalam hati aku cuma satu, Aku nak terus belajar, tapi aku nak belajar dari bawah dan aku nak rasa sendiri nikmat ilmu. Aku mengaku course yg aku ambil berkaitan dgn bhs, dan ia sgt mmerlukan kemampuan bahasa yg tinggi. Aku jeles dgn seorang sahabat aku yang mampu speaking Arabic bukan English ye.. Aku jeles, dan hari ke hari Aku sangat jeles dengan dia. Aku nak jadi mcam dia, dan aku yakin aku boleh jadi lebih baik dari dia!
          Waktu tu cuma satu je dalam kepala otak aku, entah kenapa tetiba je aku boleh terpikir cara macam tu.. satu je iaitu Aku belajar asas bhs arab dari mula(bawah) sampai aku boleh speaking Arab. Caranya adalah belajar dgn Sisten Pendidikan Tradisional kalau senang orang panggil Sistem Pondok lah.. Aku solat lagi, hati aku masih tak tetap..bahkan nak masuk 3 kali aku solat..sikit je tu nak dibandingkan dengan Ulama dulu kala 100 kali! lagilah banyak. Masuk kali ketiga aku mula terpikir nak tulis pd kertas kecil, kertas pertama aku tulis P(Pondok) yang kedua, M(IPT Pilihan tulah), aku mula buat dan kali ketiga aku dpt "M" aku ternganga, dalam hati aku KUAT mengatakan aku tak mahu 'M' aku nak "P"!. I'm asking my dad (cehh speaking jap) cam ni soalan aku : "Oh ayah, bolehke kita buat solat istikharah gunakan kertas pilihan kita?". Ayah aku terkejut, bulat mata beliau. Beliau kata: "Jangan! itu dah macam ikut nasib pulak, cuma doa shj pd Allah..Allah yg akan tetapkan HATI kita bukan KERTAS!" Barulah aku faham, bila ayah aku sebut ayat terakhir tu aku terkaku kat situ, itulah JAWAPAN pada masalah aku, > IKUT HATI KITA, ALLAH YANG TETAPKAN HATI KITA BUKAN KERTAS!... itulah jawapannya, dan hati aku TETAP, NEKAD, DAN TEKAD pada 'P'.. barulah aku tahu ape makna tekad dan nekad yg ibu aku cakap sebelum tu.. I dont know how it works, tapi kepada sesiapa yg baca ni, cuba dan usahalah kemudian biar Allah yang tentukan hala tujunya. Aku pun tak tahu mengapa Allah boleh tetapkan hati aku pd 'P'.. Mungkin, Allah tahu apa yang aku cari selama ni, maka dia tetapkan yang sesuai utk aku.. Pasal sambung belajar tu, aku TETAP akan sambung study itupun selepas aku kutip banyak Ilmu di 'P'.. Sekarang, Aku dah pilih jalan aku, dan aku Percaya jalan yang aku pilih ni yang terbaik utk aku.. Tuntutlah Ilmu kerana Allah, selama ni Aku menuntut ilmu sbb Markah, Pointer, dan A dalam assingment. Tapi, sekarang dah tiba masanya KITA TUKAR & UBAH! Gambate! Akiramenai!

Terima Kasih Kawan2 yang banyak membantu walaupun dari Jauh..

SILA LIKE ^_^