Sunday, August 9, 2015

Filem Tamil kesan buruk atau baik?

Post ini bukanlah nak mengangkat tinggi filem-filem Tamil. Tapi kita perlu juga melihat daripada 2 pandangan mengenai filem Tamil ini. Negara pernah digemparkan dengan kes pembunuhan Datuk Sosilawati ahli perniagaan kosmetik terkenal, kes ni dah lama dah. Beliau dibunuh kejam dan ada juga geng bloggers dan keyboard worrior sekalian mengatakan bahawa pengaruh filem-filem tamil yang menghujani negara ini menjadi kesan dan pengaruh kuat remaja India dan masalah gangsterism di negara ni.

Filem tamil memang ganas. Memang kejam. Memang gila. Kebanyakkan filem mereka memaparkan realiti masyarakatnya. Ahli politik,polis atau pihak berkuasa dianggap macam sampah. Tapi kalau diambil dari sisi positifnya, filem depa ni banyak menceritakan tentang betapa sukarnya rakyat Marhaen menegakkan keadilan dan undang-undang bila terpaksa berhadapan dengan ahli2 politik yang rakus menindas rakyat. Its real. Namun, ada benarnya juga filem tamil yang ganas2 tu bagi kesan yang buruk pada remaja atau audience yang tengok. Realitinya, audience memang mudah terpengaruh tambahan pula, kalau hari-hari dihidangkan depan mata sendiri. Itu tak ambil kira lagi berita2 palsu dalam media, berita palsu pun kalau hari-hari didedahkan kepada umum akan menjadi berita benar, Ini kata Hitler bukan kata saya.

Saya bukanlah nak puji sangat filem tamil, tapi rata2 yang saya tonton begitulah jalan ceritanya. Alaa sama je kalau tengok drama melayu yang kena kahwin paksa, suami seksa hati dan naluri isteri, lelaki yang jahat adalah sweet. Bagi saya, saya suka ambil yang positif. Filem tamil banyak yang ada identiti sendiri, tak ikut acuan filem dari Hollywood yang guna teknologi canggih manggih tu. Filem Hidustan pula ada yang hampir2 macam filem tamil dan banyak yang ada adaptasi lagi. Ep: Singham Return, 3 Idiots, Bodyguard and so on..
Dari segi penceritaan pula, filem tamil ni laju betul sama macam mana lajunya depa bercakap. Kalau terlepas satu2 babak tu sampai ending memang tak faham cerita dia. Kalau nak kata semua filem tamil ni penyebab dan pengaruh elemen gangsterism di Malaysia ni, tak boleh jugalah sebab filem Tamil ni jiwa kaum India. Tak semua yang ganas dan kejam, ada yang bermoral dan bermotivasi. Cthnya filem 3 Mounu(If I'm not mistaken, forgive me if spelling wrong) kisah tentang lelaki yang menghidap penyakit Bipolar Disorder, senang cerita masalah pada mental. Filem ini dibuat sebagai peringatan agar kita tidak mengambil jalan dengan membunuh diri sebagai penamat kepada sesuatu masalah. Masalah perlu dihadapi bukan dihindari.

>>Akhir kalam, saya rasa filem2 di Malaysia haruslah lebih bagus dan berguna lagi. Tidak hanya tiru filem2 dari barat atau seumpamanya. Filem kita pun banyak yang gangster2, seram2.. yg tidak tahu di mana identiti sebenar. Jadi tak boleh jugak lah nak salahkan filem tamil ja sebab apa anak kita jadi jahat dan ganas. Filem negara sendiri pun banyak ke arah itu, mcmlah yang menonton tu semuanya org dewasa. Filem barat lagilah. Baru ni saya tengok filem Amergaddon, mujurlah filem tersebut tak berjaya mempengaruhi akal minda saya. Hanya hiburan sekejap.

SILA LIKE ^_^

Friday, August 7, 2015

TPPA Agenda sebenar AS

TPPA ni bahaya. AS dia musuh dengan China, Jadi depa guna negara-negara Asean mcm Malaysia ni utk jadi geng depa bermusuh dgn China. Dalam masa yang sama China berkawan baik dgn Malaysia. Kalaulah Najib sign jugak perjanjian TPPA ni Segala xtvt perdagangan akan dikuasai AS trmasuk di Selat Melaka. Tak pelik kalau kisah MH370 & 17 ada kaitan dengan AS. Mesyuarat Asean ni macam menakutkan pun ada.

SILA LIKE ^_^