Friday, September 16, 2011

MTAS_make me realise

Hari pertama di bumi MTAS (Maahad Tahfiz As-Sa'diyyah), sungguh membimbangkan..kami semua risau hari esok yang akan mendatang.. suasana sekitar sekolah tengahari tu lengang dan tenang tak ade orang. Menurut Hakim, budak-budak sekolah tu belum lagi balik ke hostel masing-masing. memandangkan hari tersebut adalah hari ahad. Kami sempat le ambil 2,3 gambar untuk menghilangkan kebosanan diri. Masa yang ada digunakan untuk briefing segala keperluan untuk Program Bahasa Arab kami ini. hari tu...wajah-wajah pelajar sekolah tersebut belum kelihatan. Kami gementar gak la..sebab ini merupakan first time kami dikehendaki mengajar subjek Bahasa Arab di sekolah ini, sebagai memenuhi subjek latihan industri.. rasa tak nak pergi mula-mula tu..semua orang tak nak hadapi benda ni,tapi apakan daya ianya wajib dilaksanakan sbg syarat bergraduan kami nanti..


Hari kedua, jam 3.00 Petang, setelah kami dibahagikan kumpulan mengajar, aku dan seorang lagi kawan aku, yang aku gelar kak za.. masuk ke kelas kami. aku mengajar pada sebelah malam,kak za pulak sebelah petang jam 3 petang. 10 orang pelajar aku. 5 banat(perempuan), dan 5 banin(lelaki). Pelajarnya nampak letih. Plate 1 As-syafi'e terpampang di muka pintu..dengan lafaz bismillah aku dan rakanku masuk..hari pertama ni..aku cuba jugak sedaya upaya aku untuk bergaul baik dengan anak muridku..alhamdulillah mereka semua mesra orangnya,dan menurut kata. Rasa macam dah rapat pulak.. hari first lagi aku dah start mengajar slow2..basic arabic baru..alhamdulillah diaorang cepat tangkap,cuma ade dalam 2,3 orang yang perlu dibantu. Start malam tu jugak aku menghafal setiap seorang nama anak murid pertamaku..seronok jadi cikgu rupanya...



SILA LIKE ^_^