Saturday, May 31, 2014

Jom dakwah melaui Komik




Hari ni nk story pasal Hukum melukis gambar Kartun. Hukumnya pernah dijelas oleh UAI juge dah lame dah.. pasal ada org tanya ttg tgok cite Anime. Rasanye lbih kurang je klu kita melukis pun..hukumnya berbalik pd tujuan apa kartun itu dilukis dn gmbo ape yg dilukis. Kalau demo lukis gmbo Kartun Prono tu mmg HARAM lah hukumnye.
"Sesungguhnya manusia yang paling berat siksaannya di akhirat ialah para pelukis.”(Riwayat Imam Muslim)

Berkata Imam at-Tabari: “Pelukis yang dimaksudkan di sini ialah orang yang melukis Tuhan yang disembah selain Allah.”

Diharamkan juga melukis gambar-gambar yang mendedahkan aurat, berunsur lucah dan mengghairahkan nafsu dan sebagainya lagi yang dilarang oleh syarak.

Kesimpulan, diharamkan melukis gambar-gambar yang menyalahi agama dan mengandungi unsur-unsur yang dilarang oleh syariat termasuk yang mendorong manusia kepada kekufuran, syirik, maksiat dan munkar. Adapun selainnya yang jauh dari perkara-perkara di atas, maka ia tidaklah diharamkan.

*LUkis Kartun dakwah macam Rusydee Art xpe.. ianya bermanfaat dan mnyebarkan kebaikan! Dakwah ni kena juga kreatif! Hehehe
*Renung2kan dan selamat beramal
#Adminpuntakretimelukis 

>>>>Lastly, nak promote sikit page sendiri > Selamat Tinggal Jahiliyyah boleh dicapai melalui link berikut https://www.facebook.com/selamattinggaljahiliyyah  Segala komen anda dialu-alukan di sana, jumpa di sana nanti ya!! Anda juga dialu-alukan untuk berkongsi pendapat & ilmu. Mungkin ada dikalangan korang yg Pro dari kami. Siapa tahu...hehe

SILA LIKE ^_^