Thursday, March 17, 2011

Erti Hidup Selama Ini

Ahli Hukama' HAMKA ada menyebut, dan saya selalu menjadikan kata-kata beliau sebagai panduan hidup dan mungkin try to be like that..kata-kata ini dipetik dan diambil dari sebuah buka beliau yang berjudul : 'Falsafah Hidup'

   Biarkan bumi berkalang-kabut
Hura-hara meliputi alam
Aku tenang tidakku ribut 
Hati tetap jiwaku tenteram


Walaupun kata-katanya pendek dan ringkas, ia tetap membawa maksud dan erti yang mendalam dalam hidup seseorang..kita sebagai manusia mesti berpendirian, berpendirian bukan bermakna keras hati..dan tetap dengan cara kita dan tak mahu langsung terima pendapat cara orang lain..tetapi berpendirian adalah suatu ketetapan hati.



Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya : “Janganlah setiap kamu menjadi orang yang tiada pendirian dan berkata: Saya dengan orang, jika mereka berbuat baik, nescaya saya berbuat baik. Dan jika mereka berbuat jahat, nescaya saya berbuat jahat. Tetapi biasakan diri kamu, jika orang berbuat baik, berbuat baiklah, dan jika mereka berbuat jahat, elakkanlah kejahatan mereka”. (at-Tirmidzi) 




SILA LIKE ^_^

No comments:

Post a Comment