ASTRONOMI
Pengenalan
Astronomi daripada sudut bahasa bererti ilmu bintang iaitu peraturan bintang - "law of the stars". Astronomi juga dikenali sebagai Ilmu Falak iaitu ilmu kaji bintang. Ilmu Falak atau Astronomi merupakan cabang sains yang merangkumi pemerhatian / pencerapan dan penjelasan mengenai perkara yang berlaku di luar Bumi dan atmosfera bumi . Astronomi juga sering dikaitkan dengan astrofizik. Ilmu falak juga adalah ilmu yang mempelajari tentang objek-objek langit seperti matahari,bintang, buruj, planet, komet dan lain-lain.

Astrofizik pula adalah merupakan salah satu cabang ilmu yang berbentuk fizikal alam, termasuk kecerahan, ketumpatan sesuatu bahan, suhu dan juga jirim antara bintang.
Astronomi merupakan salah satu cabang ilmu yang tertua di kalangan ilmu sains. Sejarah pertumbuhan ilmu ini sebenarnya telah diasaskan oleh pakar Islam. Pengesahan dari al-Quran ke atas Ilmu Bintang yang kuat kepada kajian terperinci tentang astronomi. Ilmu falak atau astronomi mendapat perhatian yang serius pada zaman pemerintahan Khalifah Abbasiyyah sehingga diletakkan ke tahap yang ketiga selepas ilmu tauhid serta fiqh dan kedoktoran dari segi kepentingannya
.
Pada ketika itu, astronomi tidak hanya dipelajari dan dilihat dari perspektif keperluan ibadat khusus saja. Ia sebagai asas kepada perkembangan bidang sains lain seperti ilmu pelayaran, pengembaraan, ketenteraan dan pemetaan.
Sumbangan dalam bidang ini bermula apabila Muhammad Ibn Ibrahim al-Fazari menterjemahkan sebuah buku astronomi dari India bertajuk "Siddharta" ke dalam Bahasa Arab pada tahun 155H/771M. Seterusnya beliau menterjemahkan pula "Jadual Pahlavi" yang diberi nama "Zij",diikuti dengan penterjemahan karya-karya astronomi berbahasa Yunani. Antara saintis-saintis Islam yang berjaya mengkaji ilmu astronomi terdiri daripada Yakub Ibn Tariq, al-Kwarizmi, al-Battati, al-Farghani, al-Suffi, al-Biruni, al-Tusi dan Umar al-Khayyam.
Balai cerap telah banyak dibina di kawasan wilayah Islam. Antaranya Jundishapur, Baghdad dan Tadammur. Terdapat juga balai cerap di Kaherah, Isfahan, Malaga, Almeria, Samarqand dan di bandar-bandar Islam yang lain.
Hasil pembinaan balai cerap juga dapat membantu pengkajian bagi menentukan arah kiblat yang tepat walau berada di mana sahaja kita berada di dunia termasuk di Malaysia.
Balai-balai cerap tersebut dilengkapi berbagai peralatan astronomi, antaranya termasuklah astrolab yang membolehkan yang berfungsi sebagai :
i. Mengukur jarak antara sesuatu bintang diukur,
ii. Pengukuran paksi bumi dan luas bumi.
iii. Alat ini juga boleh digunakan untuk mengira latitud matahari dan bintang-bintang di galaksi.
Tokoh Astronomi Islam
Al-Battani
Orang yang memperkenalkan ilmu trigonometri sfera ke dalam ilmu falak yang digunakan sehingga hari ini. Al-Battani membuat hitungan mengenai tempoh masa bagi satu tahun sebagai 365 hari 5 jam 46 minit 24 saat.
Al-Khawarizmi
Beliau telah memberikan sumbangan yang amat bermakna di dalam bidang astronomi. Beliaulah yang bertanggungjawab mencipta "safihah" sebagai penyempurnaan kepada alat astrolab yang dicipta oleh Mohammad bin Ibrahim al-Fazari.

Sejarah ringkas tentang ilmu falak pula adalah, ilmu ini merupakan ilmu yang tertua di dunia. ianya telah muncul sejak dahulu lagi. ianya juga dikatakan wujud pada zaman firaun, mesir lagi. Ini terbukti dengan pembinaan piramid, dan ianya dibina berdasarkan pergerakan dan kedudukan matahari.
sumber:
Buku Pengenalan Falak Astronomi oleh En Mohd Nor Husain
No comments:
Post a Comment